
Enam anggota polis direman untuk bantu siasatan kes rasuah RM5,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Temerloh, Mohamed Shah Reza Noor Azman.
Menurut kenyataan itu kesemua mereka ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu Rabu lepas, apabila dikatakan meminta suapan daripada seorang lelaki bagi menyelesaikan kes serbuan serta penemuan air ketum di rumah lelaki berkenaan.
Selain inspektor yang berumur 36 tahun, lain-lain anggota polis yang ditahan adalah mereka yang berpangkat Lans Koperal, Koperal dan Sarjan Mejar, yang berumur antara 28 dan 46 tahun, semuanya bertugas di Bahagian Narkotik IPD berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG PADANG SUDAH BERUBAH WAJAH
KESIDANG 8 Julai – Rumah Pangsa Kampung Padang yang dahulunya berdepan pelbagai masalah infrastruktur dan persekitaran kini berubah wajah hasil...
BUMBUNG BAHARU, BANTUAN BERMAKNA BUAT NELAYAN JAGA ISTERI HIDAP KANSER
SUNGAI RAMBAI 8 Julai - Di sebalik senyuman yang terukir, tersimpan kisah perjuangan hidup seorang nelayan yang bukan sahaja berdepan...
TOK RAUF TURUN PADANG PANTAU PERKEMBANGAN PROJEK BALAI NELAYAN BAHARU PASIR GEMBUR
TANJUNG BIDARA 8 Julai - Perkembangan berhubung pembangunan projek balai nelayan baharu untuk faedah komuniti nelayan di Pasir Gembur, Tanjung...
TEATER MUZIKAL QAIS DAN LAILA GAMIT PEMINAT INDUSTRI KREATIF KE MELAKA
BANDARAYA MELAKA 8 Julai - Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penganjuran program melibatkan kesenian dan budaya yang bukan sahaja memartabatkan warisan...
ORANG BEMBAN SEDIA SAMBUT JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
BEMBAN 8 Julai - Persiapan bagi siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban yang akan...
RUMAH MAMPU MILIK DI MELAKA LARIS – LPM
SERI NEGERI 8 Julai - Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini terus mendapat permintaan tinggi apabila kebanyakan projek yang...
