
TH sasar 10,000 penyertaan ibadah korban tahun ini
Pengarah Operasi Kewangan Shamsul Bahar Shamsudin berkata bayaran korban itu dibuka kepada jemaah haji dan pendeposit di tanah air sejak pertengahan bulan ini hingga 24 Jun depan.
Beliau berkata bayaran korban pada tahun ini adalah RM900 bagi seekor kibas berbanding RM810 pada tahun lepas.
“Korban kita lakukan dengan kerjasama Islamic Development Bank. Segala-galanya akan diuruskan mereka dengan korban dilakukan di Tanah Suci, manakala daging korban diagihkan di Tanah Suci dan 25 negara lain,” katanya kepada pemberita di sini.
Antara negara yang akan diagihkan daging korban ialah Jordan, Palestin, Syria, Mali, Ghana, Bangladesh dan Azerbaijan.
Shamsul Bahar berkata setakat ini, TH telah menerima kira-kira 6,500 penyertaan bagi ibadah korban tersebut.
Dalam pada itu, beliau berkata bayaran dam bagi pelaksanaan haji tamatuk dan haji qiran tahun ini adalah RM725 bagi sembelihan seekor kibas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
