
Semak cukai tanah, petak guna e-bil
AYER KEROH 2 Jun – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Melaka akan melaksanakan kaedah e-bil bagi memudahkan pelanggan membuat semakan cukai tanah atau petak secara dalam talian bermula tahun hadapan.
Pengarahnya Datuk Md Azhan Samat berkata, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR diberikan atau melayari laman web PTG Negeri Melaka untuk mendapatkan butiran bil mereka.
“Langkah yang pertama mereka (pengguna) perlu buat adalah imbas kod QR atau layari laman web kami di http://etanah.melaka.gov.my dan pergi ke bahagian semakan akaun.
“Selepas itu ada tiga pilihan maklumat iaitu nombor akaun, no kad pengenalan dan ‘id’ hak milik yang perlu diisi oleh pengguna dengan perkataan ‘captcha’ seperti yang tertera, seterusnya tekan butang ‘submit’ untuk carian.
“Hasil semakan cukai akan dipaparkan di bahagian bawah dan pengguna perlu menekan butang ‘papar’ untuk memuat turun e-bil cukai tanah atau petak mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).
Katanya, e-bil pengguna akan dimuat turun dan disimpan ke dalam komputer atau telefon bimbit mereka mengikut format Dokumen Mudah Alih (PDF).
“Pengguna perlu tekan lampiran PDF tersebut untuk paparan bil cukai tanah atau petak mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
MELAKA JADI TUMPUAN GENG ‘BASIKAL LIPAT’
BANDA HILIR 24 Mei - Seramai 616 pemilik basikal lipat berhimpun di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, bagi memeriahkan...
