
32 mangsa banjir dipindahkan di Alor Gajah
ALOR GAJAH 20 September – Seramai 32 mangsa di daerah Alor Gajah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat berterusan semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, PPS Balai Raya Bukit Balai dibuka pada jam 12.00 tengah malam tadi bagi menempatkan semua mangsa berkenaan.
Katanya, semua mangsa yang dipindahkan itu melibatkan tiga kawasan kampung iaitu Kampung Balai, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Belimbing Dalam.
“Jumlah mangsa yang dipindahkan malam tadi adalah seramai 10 orang membabitkan empat keluarga namun meningkat kepada 32 orang daripada lapan keluarga setakat jam 8 pagi tadi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN, DIYAKINI PELABUR
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Nilai pelaburan tertinggi berumlah RM14.68 bilion dalam tempoh 22 tahun direkodkan di Melaka mencerminkan perkembangan...
MeSRa: MELAKA SENTIASA SAYANG ASNAF
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Selaras dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) kebajikan semua golongan terutama asnaf sentiasa diberikan perhatian...
RUMAH PAM BERNILAI RM2.3 JUTA BERI MANFAAT KEPADA 80.9 HEKTAR SAWAH DI KLEBANG
MELAKA, 16 Mac - Projek infrastruktur sokongan pembinaan rumah pam bernilai RM2.3 juta di Kampung Pinang, Batang Tiga, Klebang yang...
MPAG HIDUPKAN RAMADAN, KONGSI KEGEMBIRAAN SEMPENA SYAWAL
TABOH NANING 16 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengatur pelbagai aktiviti berunsurkan kebajikan bertujuan menyuntik keceriaan dan berkongsi...
MAIM, PUSPEN TIANG DUA BANGUNKAN PROJEK TERNAKAN ARNAB
AYER MOLEK 16 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua menjalin kerjasama...
MASALAH HAID TIDAK TERATUR – NORMAL ATAU TANDA PENYAKIT?
Oleh: Dr. Norhayati Bt. Awan Pakar Sakit Puan & Perbidanan Oriental Melaka Straits Medical Centre SETIAP wanita mempunyai pengalaman haid...
