Ab Rauf singgah santai dengan penduduk Kampung Balik Batu

Masa Membaca:55 Saat

MASJID TANAH 9 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi N.02 Tanjung Bidara menyantuni penduduk Kampung Balik Batu, di sini bagi beramah mesra dan bertanya khabar secara santai.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka dalam hantaran Facebook dan Instagram miliknya melahirkan rasa kesyukuran kerana dapat bersama penduduk kampung berkenaan untuk bersarapan.

Ab Rauf kemudian bertemu dengan wakil Persatuan Nelayan Kampung Balik Batu untuk mendengar permasalahan dialami nelayan di kawasan itu,

Beliau sempat mengunjungi Pantai Balik Batu bagi meninjau dan melihat sendiri kemudahan serta infrastruktur yang boleh dibangunkan di kawasan pantai berkenaan.

“Alhamdulillah, bersama masyarakat kampung bersarapan pagi di warung Norhayati Daud di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.

“Singgah bertanya khabar Persatuan Nelayan Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara,” tulisnya.

Ab Rauf berdepan dua lagi pesaing dalam pertembungan tiga penjuru iaitu Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin daripada Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Zainal Hassan (PH-PKR).

Pengerusi BN negeri itu antara calon muka baharu yang diperkenalkan BN dalam usaha untuk mentransformasikan parti selain memberi peluang kepada calon baharu untuk memenangi hati rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

601
Kongsi :
Previous post Adly tunggang skuter edar risalah kempen
Next post Berkempen tidak halang Dr Akmal luang masa rawat pesakit
Ubah saiz-+=