Ab Rauf suri teladan Kerajaan Perpaduan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang sentiasa menerima pandangan dan suara setiap pemimpin mampu memantapkan dasar Kerajaan Negeri yang dirangka.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee berkata, ia membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan yang terbentuk di Melaka mempunyai kestabilan biarpun berbeza fahaman politik.

“Saya percaya kita (Negeri Melaka) boleh menjadi teladan kepada negeri-negeri lain, bagi saya Ketua Menteri Melaka (Ab Rauf) adalah antara pemimpin yang sangat percaya kepada model perpaduan dibentuk ini.

“Beliau banyak kali menyebut dalam program terbuka di tempat awam bahawa kita (Melaka) mahu menjadi teladan kepada negeri lain.

“Walaupun sebelum ini berbeza fahaman politik, namun demi kestabilan politik dan untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri, beliau percaya semua boleh bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Melaka Hari Ini (MHI) di Rumah Media, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Terdahulu, Chee Yee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh mewakili Ketua Menteri menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini Sdn Bhd, Nasharuddin Muhammad bagi menjayakan Pelan Transformasi Pendigitalan MHI.

Dalam pada itu, Chee Yee yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Melaka berkata, sifat terbuka dan sentiasa menerima pandangan berbeza setiap pemimpin menjadikan Melaka sebagai negeri contoh kepada negeri lain.

“Kita perlukan suara seperti ini yang mana ada perbincangan dan suara berbeza untuk kita wujudkan satu solusi atau jalan penyelesaian lebih sempurna,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post Orang Alor Gajah tidak dilupakan – KM
Next post Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang
Ubah saiz-+=