Ab Rauf terima Bintang Semangat Padi-Perak (BSPP)

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 9 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mendahului senarai 300 penerima Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia di Balai Istiadat, Dewan Seri Negeri, di sini, hari ini.

Ab Rauf dikurniakan Bintang Semangat Padi-Perak (BSPP) disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Anugerah itu merupakan kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang.

Pada istiadat sama, seramai 15 perwakilan asing Persekutuan Pengakap Malaysia antaranya dari Singapura, Taiwan, Thailand, Indonesia dan lain-lain turut menerima anugerah.

Terdahulu, istiadat dimulakan kira-kira jam 10 pagi dengan ucapan Ketua Pengakap Negara Ketujuh, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin.

Ia diteruskan dengan ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sekali gus merasmikan istiadat berkenaan.

Antara pingat yang turut diberikan pada isitiadat terbabit termasuklah Bintang Semangat Rimba-Emas (BSRE); Bintang Semangat Rimba-Perak (BSRP); Pingat Jasa Pengakap (PJP); Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG); Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC); Pingat Perkhidmatan Lama (PPL); Pingat Perkhidmatan Setia (PPS); Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1075
Kongsi :
Previous post Pemandu lori balak maut digilis jentera berat
Next post Melaka sokong hasrat PPM perkasa generasi muda
Ubah saiz-+=