
ABDUL HALIM DILANTIK SEMULA MUFTI MELAKA
SERI NEGERI 4 Jun – Datuk Wira Abdul Halim Tawil dilantik semula sebagai Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Ia selepas beliau menerima penyerahan surat pelantikan yang disempurnakan Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh, hari ini.
Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, Abdul Halim telah melapor diri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, hari ini, dan memulakan tugas secara rasmi bermula 5 Jun 2026 (esok).
“Semoga pelantikan ini membawa keberkatan serta memperkukuhkan lagi peranan institusi kefatwaan dalam membimbing masyarakat, memartabatkan syiar Islam dan menyumbang kepada pembangunan ummah.
“Seterusnya dapat memacu kemajuan Negeri Melaka yang berteraskan syariat Islam,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 2,000 UMAT ISLAM IMARAHKAN MELAKA BERMUNAJAT
LENDU 22 Oktober - Seramai 2,200 umat Islam mengimarahkan majlis ilmu Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas & Asmaulhusna di Masjid...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 24 OKTOBER, MUKTAMAD KERJASAMA DENGAN PAS
LENDU 21 Oktober -Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
AI BUKAN ANCAMAN, TAPI PELUANG MARTABAT BAHASA MELAYU – DBP
AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih...
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...
