Sorting by

×

PENDUDUK LEGA, KEMELUT GANGGUAN BEKALAN AIR SELESAI

Masa Membaca:55 Saat

PENGKALAN BATU 4 Jun – Kira-kira 100 penghuni Blok B, Rumah Pangsa Batu Berendam, di sini, dapat menarik nafas lega apabila masalah gangguan bekalan air yang berlarutan lebih seminggu akhirnya berjaya diselesaikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, pihaknya difahamkan isu gangguan bekalan air itu berlarutan lebih seminggu sehingga menjejaskan rutin harian penduduk.

Beliau berkata, bertindak atas aduan yang diterima daripada penduduk pihaknya kemudian menghubungi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi mendapatkan bantuan segera termasuk penghantaran lori tangki.

“Hasil semakan dilakukan mendapati antara punca utama berlakunya gangguan bekalan air disebabkan sistem paip rosak serta pengurusan rumah pangsa yang kurang aktif dalam menangani hal tersebut.

“Tindakan segera iaitu menggantikan paip air rosak membolehkan bekalan air dipam dan disalurkan semula ke tangki simpanan,” katanya.

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, hasil kerjasama semua pihak yang terlibat masalah gangguan bekalan air dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

“Isu gangguan bekalan air ini selesai sepenuhnya semalam dan penduduk khususnya penghuni Blok B kembali menerima bekalan seperti biasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

416
Kongsi :
Previous post MEDIPULIH LANCAR KAD RAHMAH, PERLUAS AKSES KESIHATAN MAMPU MILIK