Sorting by

×

MEDIPULIH LANCAR KAD RAHMAH, PERLUAS AKSES KESIHATAN MAMPU MILIK

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 4 Jun – MediPulih Melaka memperluas akses kesihatan mampu milik menerusi pelancaran Kad Rahmah pada Grand Opening MediPulih Klinik dan Klinik Pergigian Tulen Cawangan Batu Berendam pada 25 April.

Pengarah Urusan MediPulih Dr. Zool Raimy Abdul Ghaffar berkata, inisiatif itu diperkenalkan sebagai akses kesihatan inklusif yang memberi penekanan kepada kemudahan mendapatkan rawatan asas serta perkhidmatan saringan kesihatan pada kadar mampu milik.

Katanya, pelancaran Kad Rahmah itu turut dilihat sebagai langkah strategik dalam memperluaskan capaian perkhidmatan kesihatan kepada komuniti khususnya golongan berpendapatan rendah B40.

“Inisiatif ini dilihat selari dengan usaha memperkukuh sistem kesihatan pencegahan, di samping mengurangkan jurang akses perkhidmatan kesihatan antara komuniti bandar dan kumpulan sasar.

“Menerusi Kad Rahmah yang dilancarkan ini juga dapat menggalakkan budaya pemeriksaan awal dalam kalangan masyarakat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 06 04 at 1.09.24 PM
ALLEX ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Grand Opening MediPulih Klinik dan Klinik Pergigian Tulen Cawangan Batu Berendam.

Majlis perasmian Grand Opening MediPulih Klinik dan Klinik Pergigian Tulen Cawangan Batu Berendam itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang merangkap Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin.

Hadir sama, Ketua Strategi Korporat MediPulih Abuzar Ghifari Abd Rahman serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu, pada majlis tersebut turut dilaksanakan saringan kesihatan asas, pemeriksaan pergigian, fisioterapi, analisis kulit serta konsultasi kecergasan, menjadikan majlis tersebut sebagai pusat intervensi kesihatan komuniti secara menyeluruh

Pada majlis itu juga, turut dihimpunkan pelbagai rakan strategik dalam sektor kesihatan termasuk Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40); Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); National Cancer Society Malaysia (NCSM) serta MERCY Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

406
Kongsi :
Previous post TEMPOH PERCUBAAN ‘GO STRAIGHT’ DI PERSIMPANGAN HICOM PEGOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK