
Abdul Razak, isteri selesai mengundi 9.35 pagi
TELOK MAS 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman selesai mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kira-kira jam 9.35 pagi ini.
Terdahulu beliau bersama isteri Datin Seri Wangi Sujud tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas pada jam 9.05 pagi.
Beliau sempat meluangkan masa beramah-mesra dengan pengundi Telok Mas sebelum masuk ke tempat mengundi di saluran empat.
Abdul Razak berdepan saingan empat penjuru dengan ditentang calon dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen; calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan con Bebas, Muhammad Ariff Adly Mohammad.
Sementara itu, Abdul Razak menzahirkan ucapan tahniah kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya memastikan proses PRN berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kesukaran buat pengundi.
“Tahniah buat SPR, saya lihat perjalanan begitu baik dan harap situasi ini sampai ke petang.
“Pengundi juga turut mengatakan proses mengundi berjalan seperti biasa dan tiada sebarang masalah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...
