Mohamad Ali selesai buang undi di SJKC Lih Jen

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KLEBANG 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad selesai membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Lih Jen dekat Pokok Mangga, kira-kira jam 8.47 pagi tadi.

Terdahulu beliau yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tiba berseorangan memakai kemeja berwarna putih.

Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada PRN kali ini menghadapi saingan empat penjuru antara beliau, Dr Mohd Aleef Yusof (Perikatan Nasional), Hasmorni Tamby (Pakatan Harapan) dan Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd Zahar Hasim (Bebas).

Beliau ketika ditemui berkata, berdasarkan maklumat dan analisa yang dilakukan pihaknya mendapati BN akan memperolehi mandat yang besar pada PRN kali ini.

“Berdasarkan maklumat dan analisa yang dijalankan BN akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan menjangkakan akan memperolehi lebih 18 kerusi DUN.

“Berdasarkan mood pilihan raya kali ini, BN akan menang dengan lebih cemerlang dan mendapat mandat besar,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh 10 hari berkempen lalu, beliau mendapati pengundi di Melaka mahukan kerajaan negeri yang stabil dari segi politiknya.

“Apa yang berlaku sebelum ini menjadi igauan ngeri kepada rakyat dan bila berlalu ketidakstabilan politik ini, sudah menjadi tanggungjawab utama kerajaan negeri melakukan sesuatu mengenainya.

“Hanya BN yang merupakan parti sejak sekian lama telah berbakti dan berjuang untuk nasib rakyat,” katanya.

Sungai Udang terletak dalam kawasan Parlimen Tangga Batu, selain wujud Kem Terendak yang merupakan kem tentera, Penjara Sungai Udang dan Loji Penapisan Petronas dengan jumlah pengundi berdaftar sebanyak 22,866 orang dan 9,577 orang daripadanya adalah tentera dan polis, yang juga pengundi awal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

838
Kongsi :
Previous post Dua warga emas lupakan sakit lutut demi undi
Next post Abdul Razak, isteri selesai mengundi 9.35 pagi
Ubah saiz-+=