Dua warga emas lupakan sakit lutut demi undi

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Nov – Dua warga emas terpaksa melupakan seketika kesakitan lutut semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Mohd Shah Seman, 82, dan Salmah Mohd Zin, 84, yang hadir pada jam 8.30 pagi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra (SMKAP), terpaksa melupakan seketika ketidakmampuan berdiri lama dan bergerak jauh dari kediaman masing-masing semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Mohd Shah berkata, beliau terpaksa melupakan seketika kesakitan semata-mata untuk tidak terlepas peluang mengundi calon yang difikirkannya mampu berkhidmat dengan berkesan.

“Terpaksalah saya menahan kesakitan ketika berjalan dari kereta ke pagar sekolah sebelum petugas datang membawa kerusi roda untuk saya.

“Saya tidak mahu melepaskan peluang mengundi kerana ia amat penting untuk masa depan Melaka,” katanya ketika ditemui di pusat berkenaan hari ini.

Salmah berkata, dia bernasib baik kerana anaknya, Azhar Mohd Yusof, 42, sedia menemaninya dari kediaman mereka di Kampung Londang ke pusat berkenaan.

AZHAR Mohd Yusof, 42, menolak kerusi roda dinaiki
ibunya, Salmah Mohd Zin untuk mengundi di SMK Ade Putra,
Masjid Tanah. (FOTO: DIN AHMAD)

“Saya tidak boleh berdiri lama kerana sakit lutut tetapi tanggungjawab sebagai pengundi tidak harus diketepikan.

“Saya tidak pernah ketinggalan daripada mengundi sejak dahulu hingga sekarang dan alhamdulillah, Allah memberikan umur yang panjang untuk saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1054
Kongsi :
Previous post Rakyat perlu turun mengundi – Sulaiman
Next post Mohamad Ali selesai buang undi di SJKC Lih Jen
Ubah saiz-+=