Adaptasi teknologi IR 4.0 tingkat kualiti air bersih – KM

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 14 Oktober – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) kini sedang mengadaptasi teknologi IR 4.0 secara automasi di seluruh negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata usaha itu sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk negeri ini.

“Pelbagai usaha turut dilakukan menerusi Pelan Perniagaan Kelimanya yang bertemakan ‘Towards Smart Water Management’, antaranya dengan pemasangan Smart Customer Meter yang menggunakan teknologi RFID.

“Komitmen SAMB dalam memastikan bekalan air bersih yang stabil kepada pengguna haruslah dipuji.

“Ini dapat dilihat dari pelbagai usaha yang dijalankan oleh SAMB dalam memastikan kesinambungan bekalan air berterusan untuk penduduk Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 Jasin yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1755
Kongsi :
Previous post Loji air Chin Chin bekal air bersih kepada 26,000 pengguna
Next post Kajian pemasangan panel solar terapung atas air di Melaka diteruskan – PM
Ubah saiz-+=