
AEON Ayer Keroh tutup sementara bermula esok
AYER KEROH 24 Sept – Pusat Beli-Belah AEON Ayer Keroh ditutup bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
AEON Co (M) Bhd dalam satu kenyataannya malam ini berkata, penutupan sementara itu susulan beberapa pekerjanya disahkan positif COVID-19.
Susulan itu, mereka kini dalam pemantauan di bawah Jabatan Kesihatan manakala semua kakitangan juga telah menjalani ujian swab.
“Beberapa pekerja yang posifif COVID juga telah diarahkan menjalani kuarantin selain kontak rapat mereka telah segera dikenalpasti.
“Untuk kebaikan pelanggan, kami akan menutup sementara operasi bermula 25 September 2021 (esok) sehingga dimaklumkan kelak.
“Sila layari Facebook dan Instagram kami untuk sebarang maklumat terkini,” katanya.
Kenyataan itu menyebut, proses sanitasi akan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang musim pandemik COVID-19.
“Sehubungan itu, platform dalam talian kami juga akan ditangguhkan.
“Semua tempahan yang dibuat selepas 23 September akan dibatalkan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
MESRA: MELAKA PERUNTUK RM150 JUTA SETAHUN BANTU ASNAF
AYER MOLEK 24 Mac - Sejumlah RM150 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan asnaf setiap tahun, kata Exco Pendidikan,...
NAIK ‘BOT KUDA BELANG’ DAPAT DISKAUN MASUK ZOO MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Mac - Zoo Melaka menawarkan diskaun 10 peratus untuk satu tiket kemasukan kepada pengunjung yang menaiki bot...
