KM ziarah kasih masyarakat Tehel

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TEHEL 25 Sept – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini melakukan Program Lawatan Ziarah Kasih sekitar Tehel mendekati masyarakat kampung bersama beberapa pemimpin rakyat dan agensi negeri.

Program dimulakan dengan kuliah dan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Hakeem, Kampung Tehel, Melaka yang diimamkan Imam 1 Datuk Sidek Md Raus sebelum diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pengerusi dan pegawai syarak masjid.

Turut disampaikan kit makanan kepada beberapa penerima sebelum beliau terus melakukan lawatan sekitar kampung dalam suasana norma baharu ketika pandemik COVID-19.

Terdahulu solat Subuh turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I merangkap Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Wira Ghazale Mohamad.

Hadir sama ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman

Sulaiman kemudian meneruskan Program Ziarah Kasih tengan menaiki motosikal termasuk bersarapan di warung kampung untuk bertanya khabar penduduk.

Selepas ini, beliau dijadual ke rumah bekas Ketua UMNO cawangan, Mokhtar Rozaini Idris bagi menyampaikan bantuan.

Program kemudian akan diteruskan dengan lawatan tapak masjid baru, lawat Sekolah Rendah Agama (SRA) Tehel berusia hampir 50 tahun.

Ketua Menteri seterusnya merasmikan tabung wakaf pembinaan SRA yang baharu sebelum melawat rumah pesakit angin akmar Salbiah Lamit bagi menyampaikan bantuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

885
Kongsi :
Previous post AEON Ayer Keroh tutup sementara bermula esok
Next post Melaka mohon RM10j bina Kompleks Ilmu Kampung Tehel
Ubah saiz-+=