‘JANJI RAZAK’ BUAT PENDUDUK TELOK MAS

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

TELOK MAS 1 November – Manifesto calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dijangka diumumkan lima hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, pada 14 November ini.

Menurut Abdul Razak, manifesto berkenaan bukan sahaja akan memberi tumpuan kepada kesinambungan 10 Janji Razak yang dibawa pada PRN Melaka Ke-15 tetapi turut merangkumi beberapa penambahbaikan khas untuk rakyat Telok Mas.

“Untuk manifesto ia dijangka akan umumkan pada minggu kedua atau lima hari sebelum hari pengundian. Seperti sebelum ini saya melaksanakan 10 Janji Razak.

“Untuk kesemua 10 janji ini kita akan teruskan manakala bagi pilihan raya ke-16. Akan ada penambahbaikan selain perkara-perkara baru yang akan diumumkan kepada warga Telok Mas,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Parlimen Kota Melaka berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon PRN Melaka Ke-16, di Bilik Gerakan BN DUN Telok Mas, di Bukit Punggur, semalam.

Menurut Abdul Razak, kepercayaan yang diberikan parti untuk mewakili BN di DUN Telok Mas disifatkan sebagai amanah dan kepercayaan yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Pada PRN Melaka Ke-16, Abdul Razak yang diumumkan sebagai calon nombor dua bakal berdepan saingan tiga penjuru dengan dua pencabar, iaitu Kapten (B) Mohamad Jaafar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Muhammad Hazwan Mustafa daripada BERSAMA.

Pada PRN Melaka Ke-15, Abdul Razak memenangi kerusi DUN Telok Mas selepas menewaskan calon PN, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen, dalam saingan empat penjuru dengan memperoleh 6,052 undi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

620
Kongsi :
Previous post MUZIUM KAPAL SELAM TAMPIL WAJAH BAHARU, SEDIA PIKAT PELANCONG
Next post PUJIAN CALON PH: TOK RAUF TAK ANGGAP TIKET UNTUK SELESA