
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga M Kuppan
KUALA LUMPUR, 31 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lagenda bola sepak negara, Datuk M Kuppan yang meninggal dunia semalam.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar keluarganya sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.
“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara,” katanya.
Menurut catatan itu, mendiang yang berasal dari Pulau Pinang telah mewakili skuad bola sepak kebangsaan selama lapan tahun bermula 1957 hingga 1965, dan semasa hayatnya, mendiang Kuppan turut mewakili pasukan bola sepak Pulau Pinang selama 10 musim sebelum mengumumkan persaraan pada 1967.
Sebagai jurulatih skuad kebangsaan, mendiang pernah membawa Malaysia memenangi Piala Raja Thailand sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1976 serta memenangi Piala Merdeka pada 1976.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
EMPAT SRA JAIM PERINTIS ITHBAT KAFA PRA TAHFIZ
AYER KEROH 5 Disember - Empat Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM di Melaka menjadi perintis Program Ithbat Kelas Al-Quran dan...
LENGKAPKAN BAKAL GRADUAN TVET DENGAN ILMU HARUNGI CABARAN INDUSTRI
JASIN 4 Disember - Perkongsian maklumat berhubung perjalanan kerjaya, menjadi panduan berguna buat peserta kursus bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal...
RUANG DAYA CIPTA MELAKA SEDIA LATIHAN AI, TEKNOLOGI PERCUMA
BANDARAYA MELAKA 4 Disember – Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pemasaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan secara beretika dan tersusun, bukan...
AUNM 2025 RAIKAN USAHAWAN CEMERLANG MELAKA
KLEBANG 4 Disember - Lebih 124 usahawan cekal, kreatif dan cemerlang diraikan pada Majlis Anugerah Usahawan Negeri Melaka (AUNM) 2025...
PMKS NEGERI JADI PEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI MELAKA
KLEBANG 4 Disember - Sumbangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) negeri terus menjadi pemangkin yang membantu Melaka mengekalkan momentum...
USAHAWAN MELAKA SEMAKIN BERANI, LEBIH 20 PRODUK TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
KLEBANG 4 Disember - Lebih 20 produk Melaka kini berjaya menembusi pasaran antarabangsa hasil pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri...

