
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga M Kuppan
KUALA LUMPUR, 31 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lagenda bola sepak negara, Datuk M Kuppan yang meninggal dunia semalam.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar keluarganya sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.
“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara,” katanya.
Menurut catatan itu, mendiang yang berasal dari Pulau Pinang telah mewakili skuad bola sepak kebangsaan selama lapan tahun bermula 1957 hingga 1965, dan semasa hayatnya, mendiang Kuppan turut mewakili pasukan bola sepak Pulau Pinang selama 10 musim sebelum mengumumkan persaraan pada 1967.
Sebagai jurulatih skuad kebangsaan, mendiang pernah membawa Malaysia memenangi Piala Raja Thailand sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1976 serta memenangi Piala Merdeka pada 1976.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DARI POTONGAN GAJI KE BILIK DARJAH, MAIM SERAH SUMBANGAN WAKAF KOMPUTER
AYER KEROH 27 Oktober - Dana wakaf pendidikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus dimanfaatkan untuk menyokong keperluan pendidikan apabila...
PERTEMUAN BN-MCA PERLIHAT PERKEMBANGAN POSITIF
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Pertemuan antara Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan MCA berhubung kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan...
INISIATIF JELITA PEMANGKIN EKONOMI 10,000 WANITA MALAYSIA
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Program 'Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement' (JELITA) terbukti berjaya memperkasakan ekonomi kaum...
SUKAN VETERAN MEDAN TAUTAN KASIH ‘POGHUT’ AYER LIMAU
AYER KEROH 27 Oktober - Bukan piala atau kejuaraan menjadi buruan, sebaliknya berkumpul untuk menggamit memori zaman kanak-kanak dan belia,...
DAPUR ROBOH, ZULKIFLEE SEGERA SANTUNI KELUARGA TERJEJAS
TABOH NANING 27 Oktober – Kejadian bahagian dapur rumah yang roboh di Kampung Sungai Buloh, di sini, mendapat perhatian penyandang...
PLKN 3.0 DICADANG DIPERLUAS KE INSTITUSI TVET AWAM, SASAR 100,000 PESERTA
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Peluasan Fasa 3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 menerusi Modul Kenegaraan ke institusi Pendidikan...

