SUKAN VETERAN MEDAN TAUTAN KASIH ‘POGHUT’ AYER LIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 27 Oktober – Bukan piala atau kejuaraan menjadi buruan, sebaliknya berkumpul untuk menggamit memori zaman kanak-kanak dan belia, menjadi matlamat utama penganjuran Sukan Sepak Takraw dan Bola Jaring Veteran POGHUT Ayer Limau pada 1 November depan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata program itu menjadi platform menghimpunkan kembali rakan lama yang pernah aktif dalam sukan ketika zaman belia.

Hameed berkata, penganjuran itu lebih menekankan semangat persahabatan dan aktiviti riadah berbanding persaingan merebut piala selain menggalakkan golongan veteran terus kecergasan serta kekal sihat.

“Jadi, bukan piala yang menjadi rebutan tetapi peluang untuk bertemu semula rakan lama sambil menjaga kecergasan melalui aktiviti riadah inilah matlamat kita anjurkan sukan veteran poghut Ayer Limau,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya sukan berkenaan dijadual berlangsung di Taman Datuk Setia, Ramuan China Besar dan dijangka menarik penyertaan lebih 500 peserta sekitar Masjid Tanah.

“Sebanyak lima acara dipertandingkan, iaitu bola sepak, sepak takraw, bola jaring, karom dan dam aji.

“Penyertaan bagi acara bola sepak, sepak takraw, karom dan dam aji dibuka kepada warga Masjid Tanah berusia 40 tahun ke atas, manakala bola jaring dikhususkan kepada peserta berusia 36 tahun ke atas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

188
Kongsi :
Previous post DAPUR ROBOH, ZULKIFLEE SEGERA SANTUNI KELUARGA TERJEJAS