
DARI POTONGAN GAJI KE BILIK DARJAH, MAIM SERAH SUMBANGAN WAKAF KOMPUTER
AYER KEROH 27 Oktober – Dana wakaf pendidikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus dimanfaatkan untuk menyokong keperluan pendidikan apabila empat Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM di daerah Jasin dan Melaka Tengah menerima sumbangan sebuah set komputer meja setiap satu.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan itu telah disampaikan Bahagian Wakaf dan Mal bagi membantu memenuhi keperluan harian guru dan murid, sekali gus menyokong kelancaran urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan.
Menurut kenyataan itu, komputer berkenaan disediakan menggunakan dana wakaf pendidikan yang dikumpulkan melalui potongan gaji sebelum diagihkan kepada beberapa SRA JAIM terpilih.
“Sumbangan wakaf pendidikan ini diharap dapat memberi manfaat kepada guru dan murid, khususnya dalam menyokong keperluan harian serta urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah,” kata MAIM.
Terdahulu, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf dan Mal MAIM, Mohd Rizalman Syed.
Empat sekolah yang menerima manfaat itu ialah SRA JAIM Sungai Rambai, SRA JAIM Pulai 2, SRA JAIM Tehel 2 dan SRA JAIM Seri Duyong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL SILANG BUDAYA: KEBAYA BUKAN SEKADAR PAKAIAN KERAIAN
BANDARAYA MELAKA 27 Oktober – Usaha menghidupkan semula tradisi pemakaian kebaya dalam kehidupan seharian, khususnya melibatkan generasi muda, menjadi antara...
PERTEMUAN BN-MCA PERLIHAT PERKEMBANGAN POSITIF
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Pertemuan antara Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan MCA berhubung kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan...
INISIATIF JELITA PEMANGKIN EKONOMI 10,000 WANITA MALAYSIA
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Program 'Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement' (JELITA) terbukti berjaya memperkasakan ekonomi kaum...
SUKAN VETERAN MEDAN TAUTAN KASIH ‘POGHUT’ AYER LIMAU
AYER KEROH 27 Oktober - Bukan piala atau kejuaraan menjadi buruan, sebaliknya berkumpul untuk menggamit memori zaman kanak-kanak dan belia,...
DAPUR ROBOH, ZULKIFLEE SEGERA SANTUNI KELUARGA TERJEJAS
TABOH NANING 27 Oktober – Kejadian bahagian dapur rumah yang roboh di Kampung Sungai Buloh, di sini, mendapat perhatian penyandang...
PLKN 3.0 DICADANG DIPERLUAS KE INSTITUSI TVET AWAM, SASAR 100,000 PESERTA
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Peluasan Fasa 3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 menerusi Modul Kenegaraan ke institusi Pendidikan...
