
Ahli farmasi komuniti kini dikategorikan penerima vaksin COVID-19 fasa 1
PUTRAJAYA 12 Mac. – Ahli farmasi komuniti kini dikategorikan dalam senarai petugas barisan hadapan yang akan menerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam bersetuju memasukkan ahli farmasi komuniti di dalam Kategori 2, Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Dalam kenyataan hari ini, Dr Adham menjelaskan ia susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).
“Keputusan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di Malaysia untuk diberikan vaksin COVID-19 dalam fasa pertama,” katanya.
Kategori 2 merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KLINIK KESIHATAN FELDA BUKIT SENGGEH KINI LEBIH SELESA, RAWATAN BERKUALITI
ASAHAN 2 November - Penduduk Felda Bukit Senggeh kini menikmati perkhidmatan rawatan kesihatan dalam suasana yang lebih selesa selepas kerja-kerja...
MELAKA GEOPARK BUKA PELUANG EKONOMI KEPADA USAHAWAN TEMPATAN
BANDA HILIR 2 November – Pembangunan Melaka Geopark bukan sahaja memberi tumpuan kepada pemuliharaan warisan alam dan budaya, malah membuka...
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November – Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: RAMAI MAHU JADI ‘GENG BIRU’ DI KLEBANG
KLEBANG 1 November - Berbekalkan rekod perkhidmatan dan pelbagai inisiatif mendekati rakyat, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PRN MELAKA: RAIS MAHU TANGGA BATU HADIAHKAN EMPAT KERUSI UNTUK BN
KLEBANG 1 November - Barisan Nasional (BN) dan rakan strategik Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua empat kerusi...
MELAKA SASAR GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA ZON SELATAN
BANDA HILIR 1 November – Melaka berpotensi menjadi negeri pertama di Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang memperoleh pengiktirafan Geopark Kebangsaan...
