Aidilfitri pupuk perpaduan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

TANJUNG BIDARA 10 April – Rakyat Negeri Melaka diingatkan supaya tidak mencemari Aidilfitri dengan melakukan atau terbabit dengan perkara bertentangan syariat Nabi Muhammad SAW.

Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam yang perlu disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan.

“Jagalah kesucian atau keindahan Aidilfitri ini sebagai satu sunnah Rasulullah SAW, jangan kita cemarinya. Sambut hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan, sekali gus mengeratkan persaudaraan serta perpaduan sesama kita.

“Dalam konteks kepelbagaian bangsa dan agama ini, kita perlu mengeratkan silaturahim dengan kejiranan kita yang berbilang bangsa serta agama,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1445H/2024M Peringkat Negeri Melaka di Balai Cerap, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, semalam.

Majlis cerapan hilal itu dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Badaruddin Mohd Kassim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

25
Kongsi :
Previous post TYT tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Azim
Next post Aidilfitri cara Orang Asli Selandar
Ubah saiz-+=