Sorting by

×

‘Akhirnya boleh balik kampung beraya’

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDA HILIR 23 Jan – Keterujaan masyarakat Cina menyambut Tahun Baharu Cina jelas terpancar susulan tiada lagi larangan rentas negeri berbanding tahun lalu malah kelonggaran meneruskan tradisi makan besar keluarga dibenarkan tanpa sekatan jarak.

Daniel Kwan, 25 berkata, dia sangat gembira apabila tahun ini dapat meraikan Tahun Baharu Cina di kampung ayahnya di Kuala Lumpur berikutan hampir dua tahun tidak pulang beraya.

Katanya, dalam tempoh itu, dia sangat rindukan suasana kemeriahan menyambut perayaan itu malah sudah lama tidak berkumpul bersama saudara mara terdekat meraikan sambutan itu .

DANIEL

“Akhirnya saya boleh balik kampung, ini saat yang paling ditunggu setelah hampir dua tahun tidak raya bersama keluarga.

“Saya dah ambil cuti empat hari dan baju raya persediaan raya semua dah siap, tunggu waktu sahaja hendak balik kampung.

“Sangat gembira dan teruja, hari ini dapat tengok tarian singa dapatlah lepas rindu suasana Tahun Baharu Cina,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui di Dataran Pahlawan Melaka Megamall (DPMM).

Nada sama turut dikongsikan Cherry Ng, 25, yang gembira apabila dapat kembali melihat kemeriahan perayaan tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti apabila diberi kelonggaran tahun ini.

“Biarpun tidak balik kampung halaman di Sabah, namun tahun ini saya dapat beraya di Melaka.

CHERRY

“Rasa sangat gembira sebab dapat sambut raya kali ini dan tahun ini lebih bermakna kerana boleh makan malam dengan keluarga ramai-ramai,” katanya.

Terdahulu tinjauan MHI di kompleks beli-belah DPMM Banda Hilir mendapati orang ramai terutama masyarakat Cina membeli-belah sebagai persiapan untuk menyambut perayaan itu.

Tidak kurang juga pengurusan kompleks beli-belah itu menyediakan pelbagai persembahan dan dekorasi menarik dihiasi bagi menarik kedatangan pengunjung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

918
Kongsi :
Previous post COVID-19 menular di tujuh sekolah di Melaka
Next post Terdetik hati pulang awal
Ubah saiz-+=