Aktiviti trek 10,000 langkah akan diperluaskan

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 22 Okt – Kira-kira 350 warga Jabatan Ketua Menteri menyertai Majlis Pelancaran Trek 10,000 sempena Hari Sukan Negara di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.

Menerusi program berkenaan, pelbagai aktiviti dilakukan antaranya melakukan senaman zumba dan berjalan mengelilingi kompleks terbabit.

Ketua Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Ketua Menteri, Datuk Shamsudin Sharif berkata, program berkenaan merupakan permulaan kepada warga jabatan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

Katanya, menerusi program terbabit, warga Jabatan Ketua Menteri akan berjalan mengelilingi Kompleks Seri Negeri sebanyak empat pusingan sejauh kira-kira 6.4 kilometer.

Shamsudin (tengah) mengetuai perjalanan Trek 10,000 sempena Hari Sukan Negara di Kompleks Seri Negeri diiringi 350 kakitangan Jabatan Ketua Menteri, di sini hari ini.

“Menerusi empat pusingan itu, warga Jabatan Ketua Menteri mampu melaksanakan 10,000 langkah sekali gus membakar kalori dalam badan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas melancarkan program berkenaan.

Terdahulu, beliau mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad menyempurnakan program terbabit dengan dihadiri kira-kira 350 penjawat awam dari jabatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Shamsudin berkata, program seumpama itu akan diperluakan kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri yang lain dalam usaha menyemarakkan amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat.

“Program yang sihat ini semestinya akan diperluaskan ke agensi atau jabatan kerajaan negeri yang lain,serta badan berkanun (GLC) di peringat negeri untuk sama-sama mengimarahkan aktiviti sihat ini,” katanya.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

849
Kongsi :
Previous post Buat persediaan awal hadapi banjir – JPS
Next post SOP Khas PRN akan dikeluarkan – Exco
Ubah saiz-+=