Alor Gajah diiktiraf 10 bandar paling bahagia

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

MELAKA 21 Mac – Alor Gajah diiktiraf sebagai 10 bandar paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2022.

Penghargaan itu diberikan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2023, semalam.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan mewakili MPAG dan Kerajaan Negeri untuk menerima pengiktirafan tersebut yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk M Noor Azman Taib.

Selain Alor Gajah, turut menerima pengiktirafan bandar bahagia ialah Gua Musang (Kelantan), Klang (Selangor), Kluang (Johor), Kuala Krai (Kelantan), Kuala Pilah (Negeri Sembilan), Kuantan (Pahang), Manjung (Perak), Petaling Jaya (Selangor) dan Rompin (Pahang).

Turut disampaikan Apresiasi Khas kepada lima bandar yang telah mencapai tahap bahagia berdasarkan tiga komponen utama yang dinilai melalui Indeks Kebahagiaan Bandar Malaysia.

336776520_689493646270137_4859632109030479156_n
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan menerima penghargaan Bandar Bahagia 2022 yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk M Noor Azman Taib.

Untuk rekod, penghargaan Bandar Bahagia 2022 dinilai berdasarkan pencapaian pengukuran Indeks Kebahagiaan melalui Program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets).

Kajian Indeks Kebahagiaan itu telah melibatkan soal selidik daripada 42,000 responden bagi 117 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan) dan Negeri Sabah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2137
Kongsi :
Previous post Lembu betina nyaris lemas dalam kolam ikan
Next post Melaka cukup bekalan telur ayam sepanjang Ramadan – FAMA
Ubah saiz-+=