ALUMNI CEMERLANG JADI INSPIRASI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
SERI NEGERI 8 November – Kolej Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan melaksanakan Program Direktori MyAlumni Digital Wall Of Fame sebagai mengiktiraf dan tanda penghormatan buat alumni institusi kemahiran itu yang mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek selepas tamat pengajian.
Pengarah Kolej Komuniti Kota Melaka Noorazizah Abu berkata, institusi kemahiran itu sentiasa berusaha untuk mengembangkan bakat dan membina generasi cemerlang dalam pelbagai aspek.
“Matlamat kami adalah melahirkan generasi yang bukan sekadar mahu memajukan diri sahaja, jadi direktori diwujukan ini membantu pelajar mengenali alumni kolej komuniti sudah berjaya seterusnya menjadi inspirasi untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam hidup.
“Selain itu program ini juga membuka peluang kepada kami membina jaringan lebih luas membabitkan pelajar, alumni, komuniti dan pemain industri sekitar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya, inisiatif dilaksanakan juga menjadi platform mengeratkan lagi hubungan antara pengurusan kolej, alumni, dan pelajar semasa.
“Saya percaya, apabila kita menampilkan kisah-kisah kejayaan alumni, ia akan membangkitkan semangat dan menyuntik motivasi kepada pelajar untuk mencapai lebih daripada apa yang mereka impikan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA OPTIMIS PASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, NEGERI TERPELIHARA
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Kerajaan Melaka optimis memastikan kesejahteraan negeri dan rakyat terus terpelihara. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama...
BANGUNAN IPD MELAKA TENGAH LAMA, DIJADIKAN MUZIUM PDRM
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Bangunan bekas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, akan dibangunkan sebagai Muzium Polis Diraja...
GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua...
MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 14 Disember - Seramai 8,800 anak asnaf memperoleh manfaat hasil inisiatif Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf...
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...
PERTEGUH KESELAMATAN DEMI KEMAKMURAN MELAKA – KM
AYER KEROH 14 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...