MAIM KOMITED TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN KAUNTER

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BUKIT PALAH 8 November – Pejabat Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) komited dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan dan bersedia menambah bilangan kaunter beroperasi pada waktu rehat.

Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, Pejabat Agihan Zakat mempunyai sembilan kaunter dan daripada jumlah itu lima dibuka pada waktu rehat tengah hari.

Katanya, jika menerima jumlah kehadiran pelanggan yang tinggi pihaknya bersedia untuk membuka lebih banyak kaunter, sekali gus memendekkan lagi masa menunggu pelanggan yang datang untuk menyelesaikan urusan masing-masing.

“Berdasarkan rekod kehadiran pelanggan semasa kita dapati ia seimbang yang mana dalam tempoh satu jam waktu rehat kita dapat menyantuni atau memproses kira-kira 30 permohonan.

“Dari semasa ke semasa MAIM memantau perkembangan ini dalam usaha menambah baik kualiti perkhidmatan, sekali gus dapat menyantuni jumlah pelanggan yang datang dengan sebaiknya. Pada ketika ini memang memadai (pembukaan lima kaunter) apabila dapat menampung bilangan mereka yang datang pada waktu rehat,” katanya.

Mohd Hairulamin berkata demikian selepas mengiringi Pegawai Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud menyantuni pemohon bantuan di Pejabat Agihan Zakat, Bukit Palah, pada Rabu.

Menurutnya, bermula 1 Oktober lalu selepas kaunter perkhidmatan diarahkan beroperasi pada waktu rehat, corak kehadiran pelanggan juga berubah.

“Jika sebelum ini, waktu puncak adalah antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, namun keadaan itu mula berubah selepas kaunter perkhidmatan beroperasi pada waktu rehat.

“Ini kerana orang ramai atau pemohon tidak lagi berdepan dengan kekangan masa untuk berurusan di kaunter,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

211
Kongsi :
Previous post ALUMNI CEMERLANG JADI INSPIRASI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
Next post LIMA HOSPITAL DI MELAKA TERIMA PENGIKTIRAFAN MSQH
Ubah saiz-+=