
Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (WASPADA) peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Jan tahun depan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk kawasan-kawasan di Sabah seperti di Tawau, Sandakan dan Kudat bermula hari ini sehingga 2 Jan 2022.
Sementara itu, hujan lebat dijangka akan berlaku bermula 30 Dis sehingga 1 Jan pada tahun hadapan bagi di seluruh negeri Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan seperti di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Manakala di Pahang, antara kawasan yang terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain Mersing, Johor.
Menurut MetMalaysia angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
