
Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Johor – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 13 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 2 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu, dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Segamat dan Mersing.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ECO CRUISE BAWA PELANCONG, PENDUDUK KAMPUNG TUAI REZEKI
AYER LIMAU 10 Oktober - Kehadiran produk pelancongan Eco Cruise Sungai Linggi bukan sahaja menawarkan pengalaman menikmati keindahan alam semula...
DUN AYER LIMAU BAKAL MILIKI SEKOLAH AGAMA BERASRAMA PENUH
AYER LIMAU 10 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau bakal memiliki sebuah sekolah menengah kebangsaan agama berasrama penuh...
BUKAN SEKADAR ‘SULAM’ WARISAN, KOPERASI BABA NYONYA MELAKA ‘UKIR’ PELUANG
BANDAR HILIR 10 Oktober - Daripada menghasilkan kebaya, kasut manik dan kerongsang, sebuah koperasi berteraskan warisan Baba Nyonya di Melaka...
10 ANAKONDA HIJAU LAHIR DI MELAKA, BAKAL CIPTA REKOD
AYER KEROH 10 Oktober - Melaka melakar sejarah apabila seekor induk anakonda hijau (Eunectes murinus) di sebuah pusat pelancongan di...
BELANJAWAN 2027: MELAKA HARGAI PERUNTUKAN, INISIATIF PEMBANGUNAN
AYER KEROH 9 Oktober - Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas pengumuman pelbagai peruntukan dan inisiatif pembangunan menerusi...
BELANJAWAN 2027: PENDAPATAN PENGGIAT E-HAILING, P-HAILING DIJANGKA NAIK
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Pemandu e-hailing dijangka menikmati peningkatan pendapatan bersih sehingga RM227 sebulan, manakala penghantar p-hailing sehingga RM100...
