Sidang DUN: Alor Gajah kawasan perindustrian baharu bertaraf dunia – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 13 Disember – Kerajaan Negeri berusaha menjadikan tapak seluas 2,023 hektar (5,000 ekar) di daerah Alor Gajah sebagai lokasi perindustrian bertaraf dunia dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan asing.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kawasan perindustrian bertaraf dunia amat penting dalam usaha merealisasikan perancangan itu.

Ab Rauf menjadikan Batu Kawan di Pulau Pinang sebagai sebagai salah satu contoh kawasan perindustrian bertaraf dunia.

Menurutnya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyediakan pelbagai inisiatif kepada pelabur mahu bertapak di mana-mana negeri di Malaysia.

“Tetapi pelaburan di Melaka ini adalah satu pilihan kerana negeri ini mempunyai kawasan industri yang terancang.

“Melaka mempunyai 21 kawasan industri kecil, sederhana dan berimpak tinggi. Melaka juga adalah kawasan tumpuan pelabur-pelabur luar negara terutama Jerman yang memilih negeri ini sebagai tumpuan utama pelaburan terbesar mereka di Malaysia.

“Berikutan itu untuk mengadakan lagi tawaran baharu, persediaan prasarana, hubungan rangkaian pelabuhan dan juga lapangan terbang akan kita tambah baik sebaik sahaja dapat berunding dengan pihak Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan) mengenai tawaran untuk menarik pelabur masuk ke Melaka pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2140
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: Kadar bantuan mangsa bencana dinaikkan
Next post Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Johor – MetMalaysia
Ubah saiz-+=