
Ambil bubur lambuk, percuma topi keledar
LENDU 1 Mei. – Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu cukup bertuah pada hari ini apabila bukan sahaja diberikan bubur lambuk, bahkan menerima topi keledar baharu percuma.
Program diadakan secara pandu lalu di hadapan Kompleks Japerun DUN Lendu itu dianjurkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka.
Program tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Hadir sama Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff.
Dalam majlis sama, Sulaiman turut berkesempatan mengagihkan kurma kepada pegawai dan anggota JPJ Melaka.
SULAIMAN menyarungkan topi keledar percuma kepada penunggang motosikal terpilih di hadapan Kompleks Japerun DUN Lendu, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
PENJAWAT AWAM PERLU HATI-HATI KONGSI MAKLUMAT
AYER KEROH 28 September - Penjawat awam diingatkan supaya lebih cakna dan berhati-hati ketika berkongsi penyataan awam atau maklumat berkaitan...

