Anak bunuh ibu, dihadapkan ke mahkamah

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 18 Julai- Anak sulung kepada lima beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian  ibunya dalam kejadian awal bulan ini.

Tertuduh, Amirul Hakim Abu, 38, bagaimanapun mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang wanita iaitu Rozizah Md Dom, 64 di sebuah rumah di Kampung Paya Luboh, antara jam 2.30 hingga 3 petang pada 5 Julai 2022.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Pada prosiding sama, tertuduh turut didakwa memberikan diri sendiri dadah berbahaya methamphetamine.

Bagi kesalahan itu, tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof, tidak mencadangkan sebarang jaminan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mazanah kemudian menetapkan 30 Ogos depan tarikh sebutan dan serahan dokumen bagi kedua-dua kes.

Melaka Hari Ini, sebelum ini melaporkan, seorang anak yang tergamak menikam ibu kandung sehingga mati di Kampung Paya Luboh, di sini, pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, ketika ditahan suspek berusia 38 tahun mengaku menikam leher kiri dan kanan ibunya menggunakan sebilah pisau berukuran 26 sentimeter (cm).

Beliau berkata, suspek mendakwa bertindak sedemikian selepas terdengar bisikan yang menyuruhnya menikam mangsa kerana ibunya dikatakan menyembah berhala.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1845
Kongsi :
Previous post Ekopelancongan Paya Lebar ibarat bulan jatuh ke riba
Next post Demi ilmu Mat sedia ‘payung’ anak Duyong
Ubah saiz-+=