Sorting by

×

Anak yatim dirai berkati Hari Asyura

Masa Membaca:59 Saat

TABOH NANING – Seramai 52 orang anak yatim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning dirai bersempena Majlis Sambutan Hari Asyura pada 10 Muharram 1444H lalu.

Setiausaha Japerun Taboh Naning, Noor Mohd Faizal Mohd Saad berkata, program diraikan menerusi kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Wanita UMNO Taboh Naning diadakan bagi menyantuni anak yatim dalam kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pada program itu kesemua anak yatim dan peserta terlibat turut menyertai program ceramah Hari Asyura yang disampaikan Imam DUN Taboh Naning, Ustaz Muhammad Idris Abdul.

“Pada program ini anak yatim yang dirai turut menerima sumbangan kit makanan disampaikan Pengerusi PAWE Taboh Naning, Datuk Wira Latipah Omar.

“Program yang dijayakan ini juga mereka turut menerima sumbangan wang tunai daripada peserta yang hadir malah turut menerima edaran Jalur Gemilang bagi memperkasa semarak sambutan kemerdekaan pada bulan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, pihaknya sentiasa cakna dalam pembangunan kehidupan anak yatim di kawasan itu yang kini semakin meningkat setelah ada antara mereka kehilangan ibu bapa akibat dijangkiti wabak pandemik COVID-19.

“Kita akan terus peka dengan situasi ini bagi memastikan ramai nasib anak yatim di Taboh Naning kekal terbela,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1524
Kongsi :
Previous post Ribut: Baik pulih asrama SMA Al-Ehya El-Karim ambil masa sebulan
Next post Penjawat awam perlu terus cakna aduan rakyat – KM
Ubah saiz-+=