Sorting by

×

Anggota komando lemas, tiada pelanggaran SOP latihan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERKAM 10 Februari – Tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian seorang anggota komando hilang ketika sedang menjalani latihan juruselam di perairan Pualau Undan, di sini, Selasa lalu kata Timbalan Menteri Pertahan Adly Zahari.

Adly berkata perairan Pulau Undan lokasi Lans Koperal Edrin Baintim, 25, dikhuatiri lemas adalah kawasan kerap digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi latihan juruselam.

“Kalau mengikut laporan kita mengikut semua termasuk daripada segi peralatan, SOP ditetapkan. Kerana sebelum kejadian, kita telah lakukan selaman pada kedalaman 18 meter (60 kaki) sebelum teruskan ke 36.5 meter (120 kaki).

“Selain itu bukan kumpulan pertama sebaliknya kumpulan kedua. Jadi SOP itu semua kita ikut. Cuma memang kita tidak nafikan dalam apa juga kemalangan atau perkara berkaitan memanglah kita akan membuat penilaian dalaman dan penambahbaikkan kepada sistem sedia ada.

“Mana-mana latihan kita akan teruskan kerana ia keperluan tetapi dalam kes seperti di Negeri Melaka ini, kita akan melihat SOP dan penambahbaikan serta apa kelemahan selain faktor-faktor luar kawalan,” katanya.

adly komando 2

ADLY mendengar talimat mengenai operasi SAR bagi mengesan Lans Koperal Edrin Baintim.

Beliau ditemui media selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Pulau Besar dan Pulau Undan, petang ini yang turut disertai Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK) Mejar Jeneral Nubli Hashim.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2631
Kongsi :
Previous post Koperasi keluarga bantu 90 asnaf
Next post Dron, sonar bantu kesan komando hilang
Ubah saiz-+=