Angka kematian dalam tragedi rempuhan Itaewon cecah 154 termasuk 26 warga asing

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SEOUL, 31 Okt – Angka kematian akibat kejadian rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul meningkat kepada 154 termasuk 26 warga asing, lapor Agensi Berita Yonhap.

Angka kematian dijangka meningkat berikutan 33 mangsa mengalami kecederaan serius, menurut pegawai di Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat.

Seramai 116 yang lain mengalami cedera ringan manakala hampir semua mangsa yang maut telah dikenal pasti.

Warga asing yang terbunuh mencecah 26 termasuk lima dari Iran, masing-masing empat dari China dan Rusia, dua dari Amerika Syarikat, dua dari Jepun dan masing-masing seorang dari Perancis, Australia, Norway, Austria, Vietnam, Thailand, Kazakhstan, Uzbekistan dan Sri Lanka.

Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon, Seoul.

Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam di perairan pantai selatan pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Kejadian berlaku di sebuah lorong sempit sepanjang 40 meter yang menghubungkan restoran dengan jalan utama dan enam orang dewasa tidak boleh melalui kawasan itu pada masa yang sama.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.

Presiden Yoon Suk Yeol mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu bermula Ahad dan bendera dikibarkan separuh tiang.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2866
Kongsi :
Previous post Bas ekspres terbabas, pemandu dan 20 penumpang selamat
Next post Ismail Sabri ucap tahniah kepada Pearly – Thinaah juarai Terbuka Perancis
Ubah saiz-+=