Bas ekspres terbabas, pemandu dan 20 penumpang selamat

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 31 Oktober – Seorang pemandu dan 20 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki terbabas di bahu jalan dalam kemalangan di Kilometer 193.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Iswandy Aripin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 9.38 pagi tadi.

Katanya, berikutan itu seramai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dibantu oleh 11 lagi anggota BBP Alor Gajah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati sebuah bas ekpres terbabas yang difahamkan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Batu Pahat terbaabs ke bahu kiri jalan.

“Terdapat seorang pemandu lelaki dan 20 penumpang membabitkan empat wanita dan 17 lelaki menaiki bas terbabit

“Pemandu dan semua penumpang itu bagaimanapun selamat dan tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anggota bomba turut memastikan operasi menyelamat terkawal dan tiada unsur bahaya lain berlaku di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.45 pagi tadi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2773
Kongsi :
Previous post 5,500 ‘rider’ gegarkan Melaka
Next post Angka kematian dalam tragedi rempuhan Itaewon cecah 154 termasuk 26 warga asing
Ubah saiz-+=