Angkara untung 30 kali ganda, pesara guru rugi lebih RM1 juta

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

ALOR GAJAH 19 Januari – Pesara guru kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan emas dan bitcoin tidak wujud yang ditawarkan menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, wanita berusia 70-an itu menyertai aplikasi tersebut pada September tahun lalu kerana tertarik dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan.

“Ketika berada dirumahnya mangsa ini telah menyertai kumpulan Whatsapp bursa saham yang menawarkan bimbingan pemilihan stok saham di pasaran bursa saham dengan pulangan lumayan.

“Susulan itu pada 30 Oktober, mangsa dicadangkan untuk menyertai pelaburan emas dan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan sebelum diberikan pautan ‘URL’ untuk tujuan pendaftaran,” katanya.

Whatsapp Image 2021 07 11 At 13.28.06
KETUA Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Menurutnya, mangsa dijanjikan dengan pulangan keuntungan maksimum sehingga 30 kali ganda daripada jumlah wang dilaburkan.

“Warga emas berkenaan kemudian menggunakan wang simpanan persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai modal pelaburan. Mangsa membuat sebanyak 29 transaksi pelaburan ke dalam lapan akaun bank yang berbeza antara 14 November sehingga 22 Disember dengan jumlah keseluruhan RM1,223,033.

“Selepas transaksi dibuat, dia kemudian tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pengeluaran keuntungan yang diperoleh sebelum menyedari dirinya diperdaya kerana sehingga kini tidak dapat mengeluarkan wang,” katanya.

Jelas Arshad, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

697
Kongsi :
Previous post Piala Emas Khir Johari: Melaka mahu akhiri kemarau 39 tahun
Next post Melaka negeri pertama angkat ‘darjat’ pemain sepak takraw
Ubah saiz-+=