Anugerah Seri Melaka 2024 pertanding empat kategori

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 21 Februari – Empat kategori dipertandingkan untuk Anugerah Seri Melaka (ASM) 2024 bagi menghargai tokoh ternama kelahiran tempatan yang berjaya serta menyumbang bakti di peringkat kebangsaan dan dunia dalam bidang masing-masing.

Institut Tun Perak (ITP) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan empat kategori terbabit melibatkan Kategori Perkhidmatan Awam; Kategori Korporat dan Usahawan; Kategori Seni Budaya dan Kategori Sukan.

Menurut ITP, pencalonan dibuka kepada semua inidividu lahir di Negeri Melaka yang menempa nama dan kejayaan di peringkat tertinggi.

Jelas kenyataan itu, setiap calon dikehendaki mengemukakan dokumen pencalonan yang menerangkan tentang butir peribadi, pencapaian dan bukti-bukti pengiktirafan pencapaian tersebut secara dalam talian menggunakan sistem pencalonan di https://www.asm-melaka.my/.

“Calon terdiri daripada pelbagai kaum serta bersih daripada rekod jenayah dan setiap calon hanya layak dianugerahkan ASM sekali seumur hidup.

“Seramai lima finalis dari setiap kategori akan disenarai pendek dan pemenang setiap kategori dan seorang penerima Anugerah Seri Melaka (ASM) akan diraikan pada Majlis Malam Gala Anugerah Seri Melaka yang dijadualkan pada 13 Julai 2024,” katanya.

Menurut ITP, calon yang dianugerahkan ASM akan menerima insentif berupa trofi mengikut kategori dan trofi utama ASM bagi pemenang utama.

“Calon yang menerima ASM turut akan mendapat wang tunai RM3,000 mengikut kategori dan RM5,500 bagi pemenang utama.

“Penerima ASM layak dicalonkan untuk Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka serta sijil penghargaan,” katanya.

Menurutnya, tarikh pendaftaran penyertaan untuk ASM telah dibuka pada 2 Januari 2024 dan tarikh tutup penyertaan pada 31 Mac 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

654
Kongsi :
Previous post Arkib Komuniti kumpul khazanah warisan negara
Next post Tiada tanda harga: Kedai perabot beri alasan tak masuk akal
Ubah saiz-+=