
APM bantu pindahkan mangsa obesiti
AYER KEROH 18 Ogos – Khidmat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Tengah, terpaksa digunakan bagi memindahkan pesakit lelaki mengalami masalah obesiti untuk dibawa ke Hospital Melaka.
Pengarah Pertahanan negeri Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kira- kira jam 4.17 petang untuk memberi bantuan membawa seorang lelaki berusia 39 tahun ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Kami difahamkan mangsa yang memiliki berat bada kira-kira 200 kilogram perlu ke hospital kerana mengalami bisa-bisa badan.
“Seramai 11 pegawai dan anggota APM ke rumah mangsa sebelum melakukan khidmat khas kemanusiaan sebelum membawa menghantar mangsa,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira satu jam untuk memindahkan mangsa sebelum dihantar menggunakan lori.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA: MAJLIS ILMU JADI SANTAPAN ROHANI JEMAAH UJONG PADANG
TANJUNG BIDARA 14 September - Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola bukan sekadar menyebut nama Baginda, sebaliknya keperibadian dan akhlaknya perlu...
10 MUALAF MAIM SEDANG DIUJI TERIMA ZAKAT WAKALAH RM5,000
PANTAI KUNDOR 14 September - Berdepan masalah kesihatan selain perlu menyara tanggungan keluarga, 10 asnaf mualaf menerima sumbangan zakat wakalah...
SAYANG ANAK DATANG DARI HATI, BUKAN PERANTI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 September - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menyerahkan tanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kepada peranti teknologi,...
15 TAHUN SURAT ‘SESAT’ KE RUMAH JIRAN, KAMPUNG DIGITAL AKHIRI KEKELIRUAN ALAMAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Lebih 15 tahun surat dialamatkan kepada keluarganya sering tersalah hantar ke rumah jiran yang terletak...
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
