‘Aura’ 5G tarik pelabur ke Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TABOH NANING 17 Mac – Misi memperluaskan jaringan capaian 5G akan diperhebatkan tahun ini kerana ia adalah antara aspek diyakini mampu menarik lebih ramai pelabur menanam modal di Negeri Melaka.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Melaka, Luqman Ali berkata, setakat ini 15 kawasan perindustrian di Melaka telah menikmati capaian 5G malah dan akan diperluaskan lagi ke lokasi lain.

Luqman berkata pihaknya menyasarkan penggunaan 5G akan mencapai 80 peratus menjelang 2024 dan setakat ini lebih 90 kawasan di Melaka telah bersedia menerima capaian berkenaan.

“227 lokasi seperti menara, bumbung bangunan dan tiang elektrik akan dipasang peralatan telekomunikasi bagi menyokong perkhidmatan jalur lebar 5G di Melaka. Usaha ini pastinya akan memberikan manfaat kepada rakyat dan pihak industri di negeri ini.

“Kami juga akan tingkatkan capaian jalur lebar di lokasi sedia ada kepada 5G. Ini akan memberi impak dan kelebihan kepada aplikasi ‘Internet Of Things’ (IoT) dan indsutri-industri terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Menara Telekomunikasi Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) Kepada Pihak Maxis Broadband Sdn. Bhd. dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin di Kampung Solok Uban, Brisu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MITCH), Dr. Nazdiana Ab Wahab serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1297
Kongsi :
Previous post Sahut cabaran penuhkan troli dengan RM50
Next post MPHTJ sedia 1,353 tapak niaga bazar Ramadan dan Aidilfitri
Ubah saiz-+=