Sahut cabaran penuhkan troli dengan RM50

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BANDARAYA MELAKA 17 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Mall Consumer Hunt (MOHUNT) bagi mengetahui keperluan semasa pengguna.

Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar berkata program itu disertai 24 peserta terdiri daripada golongan pelajar, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pengamal media.

Katanya, peserta dibahagi kepada enam kumpulan mengikut golongan dan perlu melalui enam segmen kepenggunaan.

“Program MOHUNT ini objektifnya adalah untuk mengetahui kehendak berdasarkan keperluan semasa.

“Dalam enam segmen permainan yang dianjurkan, ia memerlukan setiap kumpulan membeli barangan untuk memenuhkan troli dengan wang RM50, kumpulan yang membeli banyak barang akan menerima mata.

“Daripada permainan yang kita anjurkan ini juga kita selitkan cara mendidik dan mengajar peserta untuk lebih peka terhadap aspek kepenggunaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program MOHUNT di sebuah pasar raya, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem yang menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.

photo1679034445
Peserta menyelesaikan cabaran Mall Consumer Hunt sempena Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka anjuran KPDN di sebuah pasar raya di Peringgit. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Norena memaklumkan juara program tersebut akan dibawa ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pahang pada Mei depan.

Jelasnya, tahun 2023 merupakan tahun pertama pihaknya melibatkan peserta dalam kalangan pengamal media Negeri Melaka.

“Menerusi permainan ini, kita dapat melihat apakah media faham konsep kita ketengahkan dan adakah mereka memahami kehendak pengguna.

“Kita simpulkan, media yang menyertai program ini memang tergolong dalam kalangan mereka yang berhemah, buktinya kumpulan pengamal media mendapat tempat kedua dan ketiga daripada enam kumpulan.

“Manakala juara adalah daripada kumpulan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1790
Kongsi :
Previous post Nur Hazlin ratu balapan dalam pembikinan
Next post ‘Aura’ 5G tarik pelabur ke Melaka
Ubah saiz-+=