AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG

Masa Membaca:33 Saat

KLEBANG 30 Ogos – Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1 Malaysia Klebang, malam ini.

Ziana, 58, yang tampil dalam dua segmen persembahan, menghiburkan ribuan pengunjung menerusi lagu popularnya, antaranya ‘Anggapanmu’.

Penampilan penyanyi yang juga anak jati Merlimau itu disambut meriah pengunjung yang turut sama menyanyikan lagu popular tersebut.

Sambutan Ambang Merdeka 2026 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung sehingga awal pagi itu turut mengetengahkan persembahan artis popular lain antaranya Amy Search dan Charly van Houten yang juga bekas vokalis kumpulan ST12, selain penglibatan kumpulan seni dan bakat tempatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

594
Kongsi :
Previous post MELAKA TAMPIL KEISTIMEWAAN, KARNIVAL CIMIC PERTAMA LIBATKAN KAPAL TLDM