Ayam Percik Hutan Percha, tarikan pelancong ke Machap

MACHAP JAYA 1 Januari – Ayam Percik Hutan Percha, akan diangkat menjadi produk pelancongan dalam menarik kedatangan pelancong ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya, Ngwe Hee Sem berkata dengan keenakan rasa yang unik dan boleh diterima semua golongan, pihaknya cuba menjadikannya produk pelancongan.

“Menerusi program Satu Kampung, Satu Produk kita akan cuba membantu mempromosikan ayam percik ini dan menjadikan ia produk pelancongan.

“Malah saya akan mengadakan perjumpaan bersama Unit Pelancongan bagi membincangkan hal ini, agar boleh dipromosi sekaligus dapat membawa pelancong ke sini,” katanya ketika ditemui selepas  program makan-makan bersama  pengamal media Melaka di Ayam Percik Hutan Percha, hari ini

Beliau yang juga Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna berkata, hidangan itu dilihat wajar untuk diangkat kerana bukan sahaja kerana mempunyai keunikan rasa malah harganya yang perpatutan.

“Hal ini pihak saya akan bincangkan bersama pengusahanya terlebih dahulu. Sejak beroperasi tahun 90-an dahulu, waktu perniagaannya hanya pada Jumaat dan Ahad sahaja.

“Meskipun kenaikan harga ayam berlaku beberapa kali, namun pengusahanya masih mengekalkan harga RM3.50 bagi setiap cucuk ayam percik yang dijual,” katanya.

Selain ayam percik ini, kita juga akan lihat beberapa lagi produk tempatan yang mempunyai potensi termasuklah biskut tongkat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3027
Previous post JKN sedia bantu tangani masalah ibu hamil – Exco
Next post Pari 10kg Tambak Klebang hadiah tahun baharu