JKN sedia bantu tangani masalah ibu hamil – Exco

MELAKA 1 Januari – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sentiasa bersedia menangani kes melibatkan ibu hamil termasuk mereka yang berdepan tekanan atau masalah.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata pihaknya akan memastikan jabatan itu menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menangani isu itu termasuk memberikan khidmat kaunseling kepada ibu hamil yang berdepan masalah.

“Bagi pihak JKM kita sentiasa bersedia untuk mereka (ibu hamil) ini jika ada berlaku  perkara tidak diingini, kita akan sediakan  khidmat kaunseling, penjagaan diri dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat bayi tahun baharu yang dilahirkan di Hospital Melaka di sini, hari ini.

Kalsom berkata, setakat ini beliau tidak pernah menerima sebarang aduan yang melibatkan ibu hamil di negeri ini ketika mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada ibu hamil di negeri ini.

“Sebagai seorang ibu, saya rasa di sini (Melaka), pusat-pusat kesihatan yang ada sekarang ini cukup memberikan khidmat terbaik kepada ibu-ibu hamil ini.

“Mereka boleh datang setiap minggu dan bulan untuk rawatan, kita ada khidmat kaunseling dan sebagainya, memang cukup lengkap apa yang disediakan kerajaan dan pihak kesihatan itu sendiri.

“Setakat ini kita tidak menerima apa-apa aduan ataupun kes tentang ibu-ibu yang cuba membunuh diri semasa mengandung, memang tidak ada,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1143
Previous post Tapir betina sesat dalam parkir hotel
Next post Ayam Percik Hutan Percha, tarikan pelancong ke Machap