Tapir betina sesat dalam parkir hotel

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 1 Januari – Kakitangan dan pelanggan sebuah hotel di sini cemas apabila melihat kelibat seekor tapir betina berkeliaran di tingkat lima tempat letak kenderaan bangunan itu hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Sofian Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kelibat haiwan liar itu di tingkat lima tempat parkir bangunan itu pada jam 9.04 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati haiwan itu berkeliaran di kawasan terbabit.

“Anggota bomba mengalami sedikit kesukaran sedikit untuk menangkap tapir berkenaan berikutan haiwan itu bertindak agresif sehingga merosakkan bahagian stor hotel terbabit dan beberapa kereta yang diletakkan di parkir tersebut.

“Bomba meminta bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dan berjaya menangkap tapir itu,” katanya ketika dihubungi.

B044514E-8B4B-4630-9542-6D8E18C68D54
TAPIR betina sesat di sebuah hotel di sini, hari ini

Mengulas lanjut, beliau berkata haiwan berkenaan dipercayai masuk ke tempat parkir itu melalui jalan masuk kereta dan sesat untuk keluar semula dari bangunan terbabit.

“Operasi menyelamat tapir itu masih berjalan dan pihak Perhilitan sedang berusaha untuk memberikan bius bagi memudahkan operasi mengangkat haiwan terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3355
Kongsi :
Previous post Enam bayi tahun baharu dilahirkan di Hospital Melaka
Next post JKN sedia bantu tangani masalah ibu hamil – Exco
Ubah saiz-+=