
Azhar lakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri
AYER KEROH 26 Jun – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang baharu, Datuk Azhar Arshad hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Seri Negeri di sini.
Azhar tiba di Pejabat Ketua Menteri dengan diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Maslina Baki, pada jam 11 pagi.
Dalam perjumpaan berlangsung selama kira-kira 20 minit itu, Azhar yang memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka berkuasa Isnin, turut melapor diri secara rasmi kepada Ab Rauf.
Turut bersama-sama pada pertemuan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Datuk Md Azhan Samat; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abd Aziz Engan dan Ketua ICT Negeri Fauzi Elham@Alhim.
Azhar yang sebelum ini berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pulau Pinang, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang baharu bagi menggantikan Datuk Wira Zaidi Johari yang meninggal dunia pada 19 April lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 15 RUMAH DIBADAI RIBUT DI PULAU GADONG
KLEBANG 11 Jun - Lebih 15 kediaman di sekitar Pulau Gadong, di sini, terjejas akibat ribut dan hujan lebat yang...
AKCC ANJUR KEJOHANAN GOLF AMAL PIALA PENGERUSI 2026 OGOS INI
AYER KEROH 11 Jun - Ayer Keroh Country Club (AKCC) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal Piala Pengerusi 2026 pada 1...
WRUR JADIKAN MPHTJ LEBIH MESRA RAKYAT
KESIDANG 11 Jun - Pendekatan turun padang menerusi diamalkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) setiap kali Program Wakil Rakyat...
INDONESIA JADI TUMPUAN PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA
KESIDANG 10 Jun - Pelancongan kesihatan kekal sebagai segmen berpotensi tinggi dalam industri pelancongan Melaka, dengan pasaran Indonesia terus menjadi...
MPHTJ BAWA SINAR BAHARU BUAT KELUARGA CHEN CHEN
KESIDANG 10 Jun - Diuji dengan keadaan suami yang tidak mampu lagi bekerja selepas tiga kali diserang strok, kunjungan kakitangan...
PENERBANGAN TERUS PEKANBARU-MELAKA JIMAT MASA, PERMUDAH PERJALANAN
KESIDANG 10 Jun - Pembukaan semula laluan penerbangan terus Pekanbaru-Melaka memberi berita gembira kepada pelancong dari Indonesia yang mengakui perkhidmatan...
