Sorting by

×

Bahan berita perlu terima bayaran setimpal di platform digital

Masa Membaca:54 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 Mei – Kerajaan perlu memastikan kandungan yang dihasilkan pembekal bahan berita menerima bayaran setimpal daripada platform enjin carian digital.

Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd, Azlan Jaafar berkata, seiring dengan perubahan teknologi digital, kandungan berita kini bukan hanya mementingkan kualiti sebaliknya memaparkan kandungan tular di laman sosial.

Justeru katanya, semua platform media sosial seperti Tik Tok, Facebook dan Instagram digunakan sebagai medium penyebaran berita.

“Tiga puluh peratus orang yang menggunakan Google adalah kandungan yang ditulis oleh FMT (Free Malaysia Today); Malaysiakini; Media Mulia Sdn Bhd: NSTP.

“Mereka tak tulis ‘content’ mereka, tidak hasilkan ‘content’ sendiri, jadi cari pendapatan yang mencukupi untuk memastikan industri kekal mampan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azlan berkata situasi itu adalah antara kekurangan yang ada pada media Malaysia.

Katanya, berbanding di negara luar seperti negara Kesatuan Eropah (EU), kerajaan mereka melaksanakan undang-undang yang memaksa cukai enjin carian digital dibayar kepada pembekal kandungan.

“Malah Australia juga melakukan perkara sama. Jadi saya rasa kerajaan juga harus mengenakan cukai supaya pendapatan dapat dijana oleh pembekal kandungan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

583
Kongsi :
Previous post PM tiba di Melaka, rai pengamal media
Next post Pemimpin negara, pembangkang ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Ubah saiz-+=