Balai polis bergerak pantau SOP

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KLEBANG 16 Mei – Polis Melaka menasihatkan orang ramai supaya tidak berada diluar rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tanpa tujuan sehingga mewujudkan keadaan sesak dan tiada penjarakan sosial.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Azfanizar Ahmad berkata, ia berikutan terdapat segelintir orang awam yang mengambil kesempatan berkumpul dan bergambar di kawasan tambak laut Pantai Klebang, semalam.

BALAI polis bergerak diletakkan di Pantai Klebang untuk memantau orang awam.

“Kawasan berkenaan dilarang untuk sebarang aktiviti menyebabkan orang ramai berkumpul selain berjoging, berbasikal atau senaman sahaja selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) di kawasan PKP.

“Pertimbangan dan keputusan itu dibuat berdasarkan kepada penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira cabaran serta perkembangan semasa COVID-19.

“Masyarakat seharusnya bersama-sama berperanan demi kepentingan kesihatan awam selaras dengan hasrat membendung penularan wabak COVID-19 terutama dalam komuniti,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

MBMB meletakkan ‘banner’ bagi SOP sukan dan rekreasi yang dibenarkan di Pantai Klebang.

Ujarnya, pihak polis telahpun meletakkan balai polis bergerak bagi memastikan tiada pengunjung ke kawasan tersebut hingga mewujudkan keadaan sesak.

“Pihak polis meningkatkan kehadiran (omnipresence) di situ dengan meletakkan balai polis bergerak

“MBMB bukan tutup kawasan cuma ada banyak laluan masuk ke Pantai Klebang, jadi MBMB letak ‘barricade’ untuk kurangkan laluan masuk dan mudahkan pemantauan sebab waktu petang hingga malam ada orang meniaga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1278
Kongsi :
Previous post Solat hajat untuk Palestin serentak esok
Next post PM terima panggilan telefon pemimpin Hamas
Ubah saiz-+=