Bangkitkan semangat juang demi bangsa seperti Mat Kilau

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDA HILIR 16 Julai – Kira-kira 400 ahli UMNO Masjid Tanah menonton filem Mat Kilau sekali gus mampu memberi suntikan semangat perjuangan Melayu yang ada dalam parti itu.

Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tayangan filem itu mampu memberi suntikan dan membangkitkan kembali semangat juang orang Melayu dalam mempertahankan tanah air.

Katanya, filem yang ditayangkan itu telah mencetuskan satu fenomena baharu dalam industri perfileman negara bagi melahirkan semangat juang yang penting untuk bangsa Melayu.

BANDA HILIR 16 Julai – EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bergambar bersama pelakon dan tetamu yang hadir sempena Program Tengok Wayang filem Mat Kilau Bersama UMNO Bahagian Masjid Tanah di Panggung Wayang Mahkota Parade. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Kemeriahan dan semangat ini yang kita inginkan dalam Mat Kilau ini dan kita lihat bahawa rata-rata di peringkat kampung-kampung sekarang ini telah menaikkan semula semangat juang orang-orang melayu bagaimana untuk keluar daripada kekangan pembangkang untuk jadi sebagai bangsa yang berjaya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Program yang diadakan diadakan di sebuah pusat membeli belah itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang tiba sekitar jam 9 malam tadi.

Tayangan yang diadakan kali ini menerima sambutan hebat dari masyarakat Masjid Tanah apabila program yang diraikan itu turut dihadiri beberapa barisan pelakon utama serta penerbit dari Kembara Studio.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1340
Kongsi :
Previous post ILI di Melaka meningkat 12 peratus
Next post Akan ada Mat Kilau 2
Ubah saiz-+=